Nak tahu bagaimana orang kaya berfikir? Ini caranya.



Orang yang berjaya atau orang kaya selalunya mempunyai gaya pemikiran yang berbeza berbanding dengan orang sederhana dan miskin.

Sebelum kita ingin menjadi kaya, perkara pertama yang perlu kita ubah adalah gaya pemikiran kita.

Paling senang untuk kita lihat adalah orang kaya jarang memberi alasan tetapi terus mengambil tindakan.

Manakala orang miskin pula sering memberi alasan tanpa tindakan.

Jom tengok apakah perbezaan gaya pemikiran orang kaya, sederhana dan miskin.

Orang kaya

Sentiasa mencari pekerja yang hebat untuk bekerja dengannya. Jika sebagai majikan, mereka sentiasa mahukan staff yang hebat dan rajin untuk bekerja.

Manakala jika sebagai pekerja, mereka sentiasa mahukan pasukan yang hebat untuk bekerja bersama.

Orang kaya juga sentiasa mencari pendapatan kedua seperti pendapatan melalui pelaburan hartanah. Kebanyakan orang kaya di dunia ini terlibat dengan pelaburan hartanah kerana mereka tahu ianya akan memberi kekayaan pada masa hadapan.

Selain itu, orang kaya akan sentiasa mempunyai 'exit strategy' untuk setiap apa yang mereka lakukan. Sebagai contoh, jika mereka makan bekerja makan gaji, mereka akan mempunyai pelan rancangan untuk bekerja sendiri pada waktu yang ditetapkan atau ingin bersara awal.




Orang sederhana

Golongan ini sentiasa percaya bahawa pekerjaan yang mereka miliki sekarang adalah menguntungkan dan stabil. Mereka juga percaya pekerjaan sekarang akan menjamin kesenangan hidup di masa hadapan.

Golongan sederhana juga beli rumah sebagai tempat tinggal dan percaya mereka sudah mempunyai aset. Ini sangat berbeza dengan orang kaya dimana mereka lebih gemar jadikan rumah sebagai satu alat pelaburan.

Dengan pinjaman dari pihak bank, ini bermakna rumah tersebut akan menyebabkan pengurangan gaji yang diterima.

Selain itu, mereka sering melabur dalam pelaburan amanah saham dan beranggapan pelaburan ini sahaja sudah cukup untuk menjamin kesenangan pada masa hadapan.




Orang miskin

Perkara pertama yang menghalang orang miskin dari menjadi kaya adalah apabila mereka sendiri percaya bahawa mereka tidak akan jadi kaya.

Pemikiran sebegini adalah satu masalah besar yang menjadi tembok penghalang kepada orang miskin.

Selain itu, mereka juga sering memberi alasan bahawa mereka tidak memerlukan duit dan percaya duit bukanlah segala-galanya. Ini terjadi apabila mereka tidak faham akan kepentingan menjadi seorang kaya.

Akhir sekali, mereka ini juga percaya bahawa kerajaan sepatutnya menjaga mereka dan menyediakan semua kemudahan. Tanpa usaha, mereka ini akan meminta bantuan daripada kerajaan.

Ibarat mereka yang duduk di rumah flat PPR, tidak mampu bayar sewa tetapi melanggan Astro.


Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment