Anda boleh mohon pinjaman peribadi jika anda lepas syarat berikut.




Pinjaman peribadi menjadi satu fasiliti bank yang amat popular di kalangan masyarakat kita. Pada asalnya, pinjaman peribadi diperkenalkan adalah untuk membantu dan mengurangkan beban orang ramai.

Tetapi, pinjaman peribadi kini lebih kepada membebankan orang ramai. Statistik menunjukkan pinjaman peribadi antara punca utama ramai orang muda menjadi muflis.

Adakah kita layak untuk memohon pinjaman peribadi?
Jom tengok faktor-faktor yang perlu kita ambil kira sebelum memohon pinjaman peribadi.


Gaji

Gaji besar tetapi masih lagi memohon pinjaman peribadi. Ini menunjukkan pengurusan kewangan masih lagi tidak berapa baik.

Namun, jika kita terdesak untuk mengambil pinjaman peribadi, pastikan bayaran bulanan kepada pihak bank tidak lebih dari 10% sahaja dari gaji kita.

Contoh:

Jika seseorang itu bergaji RM3,000 sebulan, ini bermakna bayaran bulanan yang boleh diambil adalah RM300 sahaja setiap bulan.

Maksimum 10% adalah bagi memastikan beban hutang tidak terlalu tinggi.


Tujuan

Pastikan sebelum kita memohon pinjaman peribadi, kita mempunyai tujuan atau matlamat yang jelas.

Wang tersebut mestilah digunakan untuk kebaikan diri dan jangan sesekali terlibat dengan skim cepat kaya. Pada masa yang sama, anda juga mestilah tahu tempoh pinjaman yang sesuai untuk diselesaikan.

Jika anda berminat dengan pelaburan hartanah, anda sebenarnya boleh jadikan pinjaman peribadi sebagai satu alat untuk memudahkan anda memiliki hartanah.




Dana kecemasan

Sebelum anda mohon pinjaman peribadi, pastikan anda sudah mempunyai dana kecemasan untuk diri anda sehingga 3 bulan gaji.

Dana kecemasan ini penting jika sesuatu yang tidak disangka terjadi kepada diri anda. Anda juga perlu mengambil kira apa back up plan  jika anda dibuang kerja.



Pendapatan sampingan

Jika anda seorang yang makan gaji, seeloknya carilah pendapatan sampingan bagi menampung keperluan harian anda.

Seperti dana kecemasan diatas, ini dapat membantu jika sesuatu berlaku terhadap diri anda terutama jika anda dibuang kerja.

Selain itu,pendapatan sampingan ini juga membolehkan anda untuk menyelesaikan hutang dengan tempoh yang lebih pendek.

Pastikan anda periksa dulu tahap kewangan anda sebelum memohon pinjaman peribadi. Kami tidak galakkan anda untuk ambil pinjaman peribadi jika anda masih tidak mampu mengawal kewangan anda dengan baik.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment