lifesupportinsurance : |
Ada yang tertanya-tanya, bayar takaful setiap bulan tapi tak dapat tuntut sebab tak masuk hospital atau tak mati.
Adakah anda rasa rugi?
Jika dikira dari segi matematik, anda memang rugi.
Tetapi dari segi nilai hidup, anda sebenarnya untung. Nak tahu kenapa?
Kebebasan minda
Apabila anda mempunyai satu pelan takaful, ini bermakna anda tidak perlu risau jika berlaku sesuatu terhadap diri anda. Lebih-lebih lagi berkaitan dengan kos perubatan yang semakin meningkat.
Contohnya, jika anda mengupah seorang pengawal keselamatan di rumah anda, adakah rugi anda membayar pengawal keselamatan tetapi tiada pencuri yang cuba masuk ke rumah anda. Tidak bukan?
Dalam keadaan tersebut, anda sudah mempunyai satu kebebasan minda. Anda tidak perlu risau jika ada pencuri cuba masuk ke rumah anda.
Ini salah satu fungsi utama takaful kepada diri sendiri iaitu memberi kebebasan minda tanpa perlu rasa takut atau risau.
- 5 Sebab Kenapa Pengikut 'Amran Fan' Masih Belum Beli Rumah
- 5 Sebab Ramai Tidak Mahu Melabur Dalam Unit Trust
- Kerana Sedekah, Rezeki Semakin Bertambah
Orang lain mendapat manfaat
Apabila ajal sudah tiba, takaful bertindak sebagai satu dana yang akan diberi kepada waris anda.
Jika anda mempunyai isteri dan anak, wang tersebut sedikit sebanyak bakal membantu mereka terutama selepas kehilangan orang yang tersayang.
Anda mungkin akan rasa tenang jika anda dapat tahu waris anda bakal menerima RM1juta jika sesuatu terjadi kepada diri anda.
Cacat kekal, percuma takaful
Jika sesuatu berlaku terhadap diri anda seperti kemalangan yang menyebabkan cacat kekal dimana anda tidak mampu untuk bekerja, kebanyakan pelan takaful akan memberi caruman percuma setiap bulan.
Ini bermakna, anda tidak perlu membuat caruman setiap bulan tetapi anda akan terima manfaat yang sama.
Sebenarnya, banyak lagi kelebihan yang anda akan dapat jika anda mempunyai pelan takaful sendiri.Oleh itu, carilah ejen takaful yang berdaftar yang mampu memberi nasihat terbaik kepada anda.
Nak tahu bagaimana dengan hartanah boleh dapat takaful PERCUMA?
Mudah sahaja. Beli sebuah rumah yang mampu memberi pulangan sewa RM300 setiap bulan.
Gunakan lebihan wang RM300 tersebut untuk bayar takaful anda.
Nak belajar pelaburan hartanah tekan sini
0 comments:
Post a Comment