Apabila anda hidup terlalu berjimat cermat, mesti anda pernah digelar kedekut oleh rakan anda.
Bawa bekal makanan dari rumah, tidak keluar untuk menonton wayang, tidak beli kereta yang mahal dan banyak lagi perkara yang menyebabkan kita akan di gelar kedekut.
Namun, ini adalah sebahagian dari proses untuk mengumpul wang simpanan anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah terus berjimat sehingga anda dapat apa yang anda mahukan.
Mungkin orang ramai masih tidak faham kenapa kita perlu berjimat walaupun bergaji besar.
Kami kongsikan beberapa sebab kenapa anda perlu berjimat ketika di usia muda.
Komitmen masih rendah di usia muda.
Kehidupan ketika masih muda adalah waktu paling senang untuk kita membuat simpanan yang banyak.
Anda masih lagi tiada komitmen dengan anak-anak yang ramai dan juga kos pendidikan anak-anak yang semakin meningkat.
Jika anda mahu mula menyimpan ketika lewat usia, ia mungkin sudah terlambat dan anda tidak mampu untuk menyimpan dengan banyak.
Sebab itu ketika usia muda ini jangan terlibat dengan sebarang hutang yang membuatkan hidup anda merana pada masa akan datang.
Dana kecemasan
Ketika orang lain menghabiskan gaji mereka dengan barangan yang mahal dan moden, anda pula perlu simpan duit untuk dana kecemasan.
Dana kecemasan tersebut akan digunakan ketika berlakunya sebarang kecemasan yang tidak diduga.
Dengan simpanan sehingga tiga bulan, anda asingkan wang tersebut ke satu akaun yang tidak campur dengan akaun perbelanjaan harian anda.
Jika anda ingin beli kereta, anda perlu sediakan dahulu segala kos seperti maintenance, cukai jalan dan insuran supaya anda tidak terbeban selepas menggunakan kereta tersebut.
Mulakan pelaburan
Mungkin anda akan rasa sedikit janggal apabila terpaksa beli rumah diusia muda dan bukannya beli kereta.
Jika lihat disekeliling anda, kebanyakannya akan bermula dengan beli kereta berbanding rumah.
Tujuan utama kenapa perlu beli rumah terlebih dahulu adalah harga rumah yang semakin mahal manakala harga kereta pula akan menurun.
Jadi, simpanan yang anda buat hasil dari hidup berjimat cermat itu boleh dijadikan sebagai deposit pelaburan rumah pertama anda.
Masa depan yang lebih cerah
Pengurusan kewangan yang baik dapat mengelakkan anda dari menghadapi masalah kewangan seperti hutang yang lebih banyak dari gaji anda.
Ini sering terjadi kepada anak muda hari ini dan kesannya apabila ramai diantara mereka muflis selepas tidak mampu membayar hutang semula kepada pihak bank.
Selain itu, dengan dana simpanan yang banyak, anda sebenarnya mempunyai banyak pilihan untuk membuat perniagaan sendiri atau pelaburan.
Berbanding mereka yang tidak mempunyai simpanan, membeli rumah adalah satu perkara yang amat sukar dilakukan kerana masalah penyediaan deposit.
sumber gambar |
Elak skim cepat kaya
Salah satu perkara yang dilakukan oleh mereka yang terlibat dalam skim cepat kaya ini adalah mereka akan mencari orang yang 'nampak kaya'.
Bagi mereka, orang yang 'nampak kaya' ini mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menyertai skim cepat kaya tersebut.
Skim cepat kaya akan lebih tertarik apabila mereka yang 'nampak kaya' ini sebenarnya memerlukan duit yang banyak untuk kekal 'nampak kaya'.
Manakala bagi mereka yang suka menyimpan, mereka lebih banyak ilmu untuk mengelak skim cepat kaya ini.
0 comments:
Post a Comment