Dana patuh Shariah sebanyak RM100 bilion untuk pencarum KWSP


Berita baik untuk anda yang mungkin risau tentang status patuh Shariah wang di dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) anda.

Seperti yang kita tahu, dana yang dilaburkan oleh KWSP sebelum ini adalah tidak patuh Shariah. Namun, KWSP telah mengambil satu inisiatif yang perlu dipuji iaitu dengan memperkenalkan satu dana patuh Syariah.

Dana persaraan baru yang patuh Shariah ini akan bermula pada awal tahun 2017. Anda boleh mendaftar seawal 8 Ogos 2016.

Dana yang berjumlah RM100 bilion itu boleh diambil oleh semua lapisan masyarakat tidak kira agama, bangsa dan status warganegara.

Namun, perlu kita faham bahawa dana patuh Shariah ini tidak menjaminkan kadar dividen setiap tahun dan berdasarkan prestasi potfolio yang patuh syariah.

Anda perlu cepat untuk daftar dana patuh Shariah tersebut kerana jumlah dana yang sedikit. 

Anda perlu hadir bersama dokumen pengenalan diri ke mana-mana cawangan KWSP yang berdekatan dengan anda untuk pengesahan cap jari.

Namun, anda juga boleh pindahkan sebahagian wang dalam akaun 1 KWSP ke dalam dana patuh Shariah lain.

Info lanjut boleh lihat sini KWSP
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment