Cara kira zakat pendapatan yang sebenar

Related image

Zakat pendapatan yang perlu kita keluarkan adalah termasuk gaji, bonus, upah, hasi sewaan, dividen, elaun, pampasan, hibah dan lain-lain bentuk pendapata semasa hidup, besara atau mati.

Terdapat 2 cara bagaimana untuk kira zakat pendapatan.

1. Pendapatan Kasar Setahun x 2.5% (jika melebihi nisab)

Cara ini lebih mudah dan senang untuk kira.

Contoh:

Gaji tahunan : RM36,000

RM36,000 x 2.5% = RM900



2. Pendapatan Yang Layak di Zakat x 2.5% (setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenarkan)

Melalui cara ini, anda boleh menolak keluar beberapa perbelanjaan asas yang dibenarkan seperti anak, isteri, KWSP dan lain lain lagi.
Contoh:
A. PENDAPATAN (setahun) 
RM36,000

B. TOLAK PERBELANJAAN yang dibenarkan (setahun)
1. Diri RM9,000
2. Isteri RM3,000
3. Anak 4 orang x RM1,000 = RM4,000
4. Pemberian kepada ibu bapa (contoh: RM100 x 12) = RM1,200
5. KWSP (contoh: 11%) RM3,960
6. Caruman ke organisasi / koperasi / institut kewangan yang membayar zakat bagi pihak pencarum dan pendeposit (contoh: Lembaga Tabung Haji) RM900

Jumlah Tolakan RM21,160 

C. PENDAPATAN YANG LAYAK DIZAKAT (A - B) 
RM36,000 - RM21,600 = RM14,840 

D. ZAKAT YANG WAJIB DIBAYAR (kerana C lebih dari nisab) 
RM14,840 x 2.5% = RM371

E. JUMLAH POTONGAN GAJI ZAKAT SEBULAN 
RM371   = RM30.92
12 bulan

Melalui kaedah kedua, jumlah zakat yang perlu anda keluarkan adalah lebih rendah disebabkan terdapat perbelanjaan yang dibenarkan.

3. Guna kalkulator

Cara paling mudah adalah dengan menggunakan kalkulator yang disediakan oleh pihak Lembaga Zakat di sini Kalkulator Zakat.

Daftar seminar pelaburan hartanah di Shah Alam pada 25 September 2016 ini. DAFTAR

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment