Bayar SOCSO setiap bulan tetapi tidak tahu kenapa?Ini fungsi sebenar SOCSO



Mungkin ramai yang masih tidak tahu apakah fungsi sebenar Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) atau SOCSO.

Setiap bulan, potongan gaji akan dilakukan sebagai bayaran kepada SOCSO. Tujuan SOCSO ini ditubuhkan adalah untuk menyediakan satu bentuk perlindungan keselamatan sosial kepada semua pekerja dan tanggungan mereka.

Antara faedah SOCSO ini adalah Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan.

Skim Bencana Pekerjaan

Di bawah skim ini terdapat 9 faedah yang boleh anda perolehi dan antaranya adalah:

  • Faedah Perubatan
Pekerja yang ditimpa bencana pekerjaan atau menghidap penyakit khidmat boleh mendapat rawatan perubatan secara percuma di klinik panel PERKESO atau klinik / hospital Kerajaan. Rawatan hendaklah diteruskan sehingga pulih sepenuhnya.

  • Faedah Hilang Upaya Sementara
Faedah Hilang Upaya Sementara dibayar kepada pekerja sepanjang tempoh cuti sakitnya yang disahkan oleh doktor dan mestilah sekurang-kurangnya empat (4) hari termasuk hari kemalangan. Walau bagaimanapun, Faedah Hilang Upaya Sementara TIDAK akan dibayar pada hari di mana pekerja hadir bekerja dan dibayar gaji.

  • Faedah Hilang Upaya Kekal
Hilang Upaya Kekal ertinya hilang upaya yang berkekalan hingga mengurangkan keupayaan seseorang pekerja untuk menjalankan pekerjaannya. Pekerja boleh membuat tuntutan ini selepas tarikh terakhir hilang upaya sementara.

  • Elaun Layanan Sentiasa
Elaun yang diberikan kepada orang berinsurans yang tidak berdaya dengan teruknya sehingga memerlukan layanan tersendiri oleh orang lain.

Daftar seminar pelaburan hartanah sekarang sebelum terlewat. Hanya untuk 100 orang terawal sahaja.
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional
Kemudahan ini diberikan secara percuma kepada pekerja yang mengalami hilang upaya yang kekal dengan segala perbelanjaan ditanggung oleh PERKESO mengikut kadar dan syarat-syarat yang ditentukan:

  • Program 'Return To Work'
Program Return To Work (RTW) telah diperkenalkan oleh PERKESO pada 15 Januari 2007. Program ini merupakan program pemulihan fizikal yang disediakan kepada Orang Berinsurans PERKESO yang mengalami hilangupaya akibat kecederaan atau penyakit bagi mengembalikan fungsi anggota badan dan seterusnya kembali semula ke alam pekerjaan lebih awal, sihat dan selamat.

  • Faedah Orang Tanggungan
Faedah Orang Tanggungan dibayar secara berkala kepada orang tanggungan yang layak sekiranya orang berinsurans meninggal dunia akibat bencana kerja.

  • Faedah Pengurusan Mayat
Faedah Pengurusan Mayat dibayar kepada orang tangungan yang layak sekiranya pekerja meninggal dunia akibat daripada bencana pekerjaan atau semasa menerima faedah hilang upaya.

  • Faedah Pendidikan
Faedah Pendidikan merupakan suatu kemudahan dalam bentuk pinjaman atau biasiswa kepada anak tanggungan penerima Faedah Berkala PERKESO dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan
Bukti RM300 boleh menjadi RM1 juta dalam masa 30 tahun.

Skim Keilatan

Manakala Skim Keilatan pula terdapat 8 faedah yang boleh anda perolehi:

  • Pencen Ilat
KEILATAN adalah suatu keuzuran yang berkekalan atau tidak mungkin akan sembuh yang mana mengakibatkan seseorang pekerja itu tidak mampu mencari nafkah sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan seseorang pekerja yang normal.

  • Bantuan Ilat
Bantuan Ilat diberikan kepada orang berinsurans yang mengidap keilatan tetapi tidak layak menerima Pencen Ilat kerana tidak memenuhi mana-mana syarat kelayakan caruman.

  • Elaun Layanan Sentiasa
Elaun ini dibayar kepada pekerja yang disahkan mengidap keilatan dan tidak berdaya hingga sentiasa memerlukan layanan seseorang lain

  • Pencen Penakat
Pencen ini dibayar kepada orang tanggungan yang layak apabila orang berinsurans meninggal dunia akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.

  • Faedah Pengurusan Mayat
Faedah Pengurusan Mayat dibayar kepada orang tanggungan yang layak sekiranya orang berinsurans meninggal dunia akibat daripada sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.

  • Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional dan Dialisis
Kemudahan ini disediakan secara percuma oleh PERKESO kepada orang berinsurans yang mengidap keilatan.

  • Program 'Return o Work'
Program Return To Work (RTW) telah diperkenalkan oleh PERKESO pada 15 Januari 2007. Program ini merupakan program pemulihan fizikal yang disediakan kepada Orang Berinsurans PERKESO yang mengalami hilangupaya akibat kecederaan atau penyakit bagi mengembalikan fungsi anggota badan dan seterusnya kembali semula ke alam pekerjaan lebih awal, sihat dan selamat.

  • Faedah Pendidikan
Faedah Pendidikan merupakan suatu kemudahan dalam bentuk pinjaman atau biasiswa kepada anak tanggungan penerima Faedah Berkala PERKESO dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
Alasan yang sering diberikan untuk tidak ambil takaful.

Tahukah anda bahawa menjadi satu kesalahan jika majikan anda tidak membayar atau gagal mencarum untuk anda dengan SOCSO.


Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. Saya nak tanya lah.sekarang ni saya tengah proses rawatan sakit belakang.saya pernah dapat mc dari hospital kerajaan 2 minggu berkala adakah saya layak membuat tuntutan mereka

    ReplyDelete
  2. Saya nak tanya lah.sekarang ni saya tengah proses rawatan sakit belakang.saya pernah dapat mc dari hospital kerajaan 2 minggu berkala adakah saya layak membuat tuntutan mereka

    ReplyDelete