Pernah tak mengalami keadaan dimana rakan atau ahli keluarga anda ingin menggunakan nama anda untuk beli kereta?
Keadaan ini banyak berlaku apabila kita yang baru bekerja senang untuk lulus pinjaman kereta.
Namun, anda perlu fikirkan beberapa kesan yang boleh terjadi jika anda beri nama anda untuk kegunaan orang lain.
Blacklist
Risiko paling paling besar yang mungkin anda kesali adalah apabila nama anda sudah di blacklist oleh pihak bank atas kesalahan orang lain.
Sesetengah orang tidak mahu bertanggungjawab untuk bayar ansuran kepada pihak bank kerana nama pinjaman tersebut atas nama orang lain. Oleh itu, anda perlu lebih berhati-hati jika mahu guna nama anda sebagai peminjam kereta untuk orang lain.
Apabila nama anda sudah disenarai hitam oleh pihak bank, anda perlu menyelesaikan semua hutang tersebut sebelum nama anda perlu dibersihkan.
Berdasarkan kes yang sering terjadi, ramai dari pengguna kereta tersebut tidak mahu menyelesaikan baki pinjaman tersebut.
Komitmen tinggi
Jika nama anda sudah digunakan untuk membuat pinjaman, ini bermakna anda sudah mempunyai komitmen atau hutang dengan pihak bank.
Jika anda mahu membuat pinjaman sama ada untuk kereta atau rumah, mungkin lebih sukar kerana komitmen sedia ada yang sudah tinggi.
Jika dua keadaan sudah terjadi kepada diri anda, mungkin anda akan rasa kecewa dan menyebabkan rasa tidak puas hati. Namun, ini adalah antara kesan yang perlu anda fikirkan.
Anda juga akan semakin sukar untuk merancang kewangan anda dengan lebih baik. Anda juga mungkin terpaksa beli kereta atau rumah hanya dengan menggunakan tunai tanpa pinjaman dari pihak bank.
0 comments:
Post a Comment