Antara kelebihan membeli rumah di bawah harga pasaran adalah rumah tersebut mempunyai nilai pelaburan yang tinggi. Ini bermaksud anda telah mendapat keuntungan ketika membeli lagi.
Namun, tidak semua orang berpeluang untuk membeli rumah dibawah harga pasaran kerana rumah tersebut menjadi buruan ramai pelabur hartanah. Hanya mereka yang pandai mencari sahaja boleh jumpa rumah dibawah harga pasaran.
Kami ingin kongsikan beberapa tip untuk anda cuba bagi mendapatkan rumah dibawah harga pasaran.
Berkawan dengan ejen hartanah
Sebab utama anda perlu berkawan dengan ejen hartanah adalah kerana mereka adalah orang pertama yang mendapat senarai rumah yang murah serta di bawah harga pasaran.
Oleh itu, mudah untuk anda dapatkan senarai rumah yang murah sebelum mereka mengiklankan rumah tersebut kepada orang ramai. Apabila rumah tersebut sudah diiklankan, anda terpaksa bersaing dengan ramai orang yang pada masa yang sama mencari rumah yang murah.
Bertanya dengan jiran
Jika anda tidak mempunyai rakan ejen hartanah, anda juga boleh tanya jiran yang duduk berhampiran dengan rumah anda. Mungkin ada diantara mereka yang ingin jual rumah mereka pada harga yang murah atau mereka mempunyai kenalan yang ingin jual rumah mereka.
Selain jiran, anda juga boleh rajin-rajinkan diri untuk bertanya dengan orang ramai yang berniaga berhampiran kawasan rumah yang anda ingin beli. Anda juga boleh tanya peniaga kedai runcit atau pengawal keselamatan. Mereka mempunyai banyak maklumat yang mungkin boleh membantu anda.
Tengok iklan setiap hari
Cara ini mungkin agak memenatkan kerana anda perlu lihat iklan setiap hari bagi mendapatkan rumah dibawah harga pasaran. Antara waktu terbaik adalah waktu pagi kerana anda mungkin menjadi orang terawal yang jumpa rumah dibawah harga pasaran.
Rumah yang murah biasanya tidak kekal lama di dalam iklan kerana permintaan yang tinggi. Anda boleh lihat iklan melalui medium seperti mudah.my, propertyguru, iproperty dan juga di Facebook.
Fokus pada sesebuah kawasan
Jika anda menggunakan platform online untuk mencari rumah, apa yang boleh anda buat untuk dapatkan rumah bawah harga pasaran adalah dengan fokus kepada sesuatu kawasan.
Anda cuma perlu tahu nilai rumah tersebut dan jadikan sebagai satu benchmark untuk harga yang anda ingin beli. Jika nilai rumah tersebut adalah RM200,000, anda hanya perlu mencari rumah yang berharga kurang daripada harga tersebut.
Dengan cara ini, anda dapat menjimatkan masa kerana hanya perlu fokus pada sesebuah kawasan sahaja. Selain itu, anda mungkin juga akan menjadi 'pakar' untuk kawasan tersebut kerana anda telah melihat pelbagai harga rumah yang dijual dikawasan tersebut.
Pandai berunding / memujuk
Jika anda tidak jumpa juga rumah yang murah, apa yang boleh anda buat adalah mengasah skil memujuk tuan rumah supaya menurunkan harga rumah.
Anda boleh beri pelbagai alasan supaya tuan rumah bersedia menurunkan harga rumah seperti pembelian rumah pertama, harga rumah yang semakin mahal, beli rumah untuk adik dan lain-lain lagi.
0 comments:
Post a Comment