Semakin banyak pendapatan yang kita ada, semakin tinggi peluang kita untuk dapat fasiliti dengan bank seperti pinjaman perumahan, pinjaman ASB dan juga kad kredit.
Secara ringkas, jenis pendapatan yang kita boleh tunjukkan kepada pihak bank adalah seperti berikut:
Aktif
Pendapatan aktif adalah satu pendapatan yang akan diterima apabila sesuatu pekerjaan dilakukan.
Contohnya adalah bekerja makan gaji dengan majikan. Selagi kita bekerja dengan majikan kita, selagi itu kita akan terima bayaran gaji.
Kebaikan pendapatan aktif:
1. Pendapatan yang diterima adalah tetap setiap bulan
2. Mempunyai caruman KWSP dan SOCSO
3.Mudah untuk memohon fasiliti pembiayaan dengan pihak bank.
Kekurangan pendapatan aktif:
1. Pendapatan tetap walaupun bekerja dengan teruk
2. Menghabiskan masa yang banyak terhadap pekerjaan
3. Tidak terima pendapatan jika tidak bekerja
Pasif
Pendapatan pasif adalah satu pendapatan yang akan diterima apabila sesuatu pekerjaan dilakukan sekali sahaja iaitu pada peringkat awal.
Contohnya adalah melalui pendapatan sewa rumah dan juga dividen. Kita akan menerima pendapatan pasif tersebut walaupun tidak perlu melakukan pekerjaan lagi.
Kebaikan pendapatan pasif:
1. Tidak perlu melakukan pekerjaan
2. Tiada had limit
3. Persediaan untuk bersara
Kekurangan pendapatan pasif:
1. Memerlukan kos yang tinggi pada peringkat awal
2. Memerlukan ilmu yang tinggi untuk bermula
3. Boleh menyebabkan kerugian jika tersalah pilih
Sampingan
Pendapatan sampingan adalah satu bentuk pendapatan yang akan diterima apabila kita melakukan kerja tersebut secara separuh masa.
Contohnya adalah melakukan perniagaan internet. Kita akan terima pendapatan selagi mana perniagaan kita mendatangan hasil.
Kebaikan pendapatan sampingan:
1. Lebih banyak jualan, lebih banyak pendapatan
2. Boleh dilakukan dimana-mana sahaja
Kekurangan pendapatan sampingan:
1. Memerlukan pengorbanan masa
2. Kehilangan fokus untuk pekerjaan utama
0 comments:
Post a Comment