Namun, anda perlu lebih berhati-hati dalam mengawal perbelanjaan anda supaya tindakan anda itu tidak menyusahkan orang sekeliling anda.
Kami kongsikan beberapa keadaan di mana penjimatan yang dilakukan akan memberi kesan kepada orang lain.
Terlalu berjimat
Berjimat cermat bukan bermaksud tidak mengeluarkan perbelanjaan tetapi lebih kepada mengurus perbelanjaan.
Jangan disebabkan anda tidak mahu mengeluarkan sebarang perbelanjaan, orang sekeliling anda terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tersebut bagi pihak anda.
Sebagai contoh, jika keluar makan bersama rakan-rakan anda, pastikan anda tidak mengharapkan rakan mereka membayar untuk anda. Jika anda berjaya mengurus kewangan anda dengan baik, anda sebenarnya mempunyai dana yang cukup untuk makan dan minum anda.
Malah, anda juga akan mempunyai dana atau tabung untuk belanja rakan-rakan anda setiap bulan. Selain itu, anda boleh melakukan banyak penjimatan jika anda tidak makan di luar kerana kos yang lebih tinggi.
Tidak menyumbang
Kebanyakan tempat kerja akan mengadakan aktiviti jamuan seperti jamuan hari raya, potluck, farewell atau sambutan hari jadi. Aktiviti ini biasanya dilakukan bersama-sama rakan sekerja sama ada menyumbang dalam bentuk duit atau makanan.
Pastikan anda terlibat dalam menyumbang makanan atau duit untuk majlis tersebut supaya anda tidak tersisih dari komuniti rakan sekerja. Jangan hanya jadi orang yang hadir ke majlis untuk menjamu makanan tetapi jadilah antara penyumbang kepada majlis tersebut.
Libatkan diri anda dengan aktiviti yang dianjurkan supaya anda nampak lebih normal dan pandai bersosial dengan orang awam. Jimat cermat bukan bermakna anda perlu duduk di dalam bilik demi untuk tidak mahu mengeluarkan sebarang perbelanjaan.
Selain itu, biasakan diri untuk belanja rakan anda di tempat kerja kerana anda akan dapat perkara yang sama dari mereka.
Tidak makan sehingga jatuh sakit
Ada sesetengah orang yang tidak makan satu hari kerana terlalu berjimat dan ada juga yang mengambil makanan yang tidak sihat kerana harganya yang lebih murah.
Tindakan tersebut sebenarnya boleh menyebabkan anda menghidap pelbagai penyakit yang mungkin membahayakan kesihatan anda. Perkara yang lebih teruk lagi adalah kos rawatan tersebut mungkin agak mahal dan membebankan.
Anda seharusnya pelajari beberapa bentuk dan jenis pemakanan yang sihat supaya anda tidak menghidap sebarang penyakit kerana kesihatan badan juga adalah satu aset yang sangat penting.
Takut untuk derma
Derma tidak akan menyebabkan anda jadi miskin malah akan menjadikan anda lebih kaya.
Ini adalah satu perkara yang perlu anda faham kerana penjimatan tidak akan berlaku jika anda takut untuk menderma. Dalam pengurusan kewangan, anda seharusnya mempunyai dana yang secukupnya untuk menderma setiap bulan.
Sekali lagi, duitkertas ingin menasihatkan bahawa pengurusan kewangan yang baik bukan bermakna anda tidak melakukan sebarang perbelanjaan tetapi anda boleh menguruskan perbelanjaan anda dengan baik.
0 comments:
Post a Comment