Dalam pelaburan hartanah, banyak perkara dan faktor yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan membeli rumah tersebut.
Antaranya adalah status rumah tersebut dari segi lot (sama ada bumi atau non bumi) dan dari segi status tanah (sama ada hak milik bebas atau sementara).
Bagi hak milik sementara atau leasehold ini, nilai hartanah ini biasanya lebih rendah berbanding status hak milik kekal. Hak milik sementara hanya menjadi milik kita selama 99 tahun manakala hak milik kekal adalah untuk selama-lamanya.
Namun, terdapat keadaan dimana hak milik sementara ini juga bukanlah sesuatu yang rugi untuk anda miliki.
Lokasi
Di Lembah Klang, kebanyakan tanah adalah berstatus hak milik sementara atau leasehold. Walaupun berstatus leasehold, lokasi yang baik membuatkan permintaan terhadap rumah tersebut meningkat dan pada masa yang sama nilai rumah tersebut juga meningkat naik.
Tetapi, jika anda mempunyai pilihan untuk mendapatkan hartanah yang berstatus freehold di Lembah Klang, anda tidak patut lepaskan peluang tersebut.
Dari segi nilai mungkin agak sedikit rendah tetapi dari segi permintaan rumah tersebut, sangat tinggi disebabkan oleh lokasi yang strategik.
Sewa
Dalam pelaburan hartanah, salah satu strategi yang anda boleh gunakan adalah menyewakan kembali rumah tersebut untuk mendapatkan hasil sewa setiap bulan.
Jika anda menggunakan strategi ini, status hartanah tersebut mungkin tidak akan memberi impak yang besar kerana penyewa anda tidak akan tanya sama ada hartanah tersebut freehold atau leasehold.
Penyewa lebih gemar untuk melihat keadaan di dalam rumah berbanding status rumah tersebut. Jika anda merancang untuk menyewakan rumah tersebut untuk jangka masa yang panjang, mungkin anda perlu lihat semula baki pajakan hartanah anda.
Anda juga perlu ingat bahawa selepas tempoh pajakan tamat, anda perlu memohon semula untuk dapatkan tempoh 99 tahun yang baru dan terdapat kos yang terlibat.
Flip
Terdapat juga mereka yang gemar untuk flip sesuatu rumah atau dengan bahasa lebih mudah adalah dengan menjual rumah tersebut secepat mungkin selepas beli.
Kaedah ini juga anda tidak perlu melihat terhadap status rumah tersebut kerana anda akan menjual semula dalam tempoh terdekat. Oleh itu, tiada masalah yang mungkin akan melibatkan tempoh pajakan hartanah tersebut.
Jika anda mahu belajar lebih lagi dalam pelaburan hartanah, anda boleh mendaftar di sini.DAFTAR
0 comments:
Post a Comment