Menurut akhbar Sinar Harian, sekumpulan pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia Berjaya membina sebuah rumah yang mempunyai 3 bilik dengan hanya kos RM20,000 sahaja.
Selain itu, tempoh masa untuk menyiapkan rumah tersebut pula hanya mengambil masa tidak lebih dari sebulan. Pembinaan yang dilakukan oleh sekumpulan pelajar sambil dibantu oleh pensyarah mereka itu di buat pada bulan Mac 2016 di Daerah Besut.
Dengan menggunakan kaedah Sistem Pembangunan Industri (IBS), pembinaan dapat dijalankan dengan tempoh masa yang singkat dan kos yang lebih rendah. Kaedah IBS ini juga memenuhi kehendak aspek pembinaan sebuah rumah kediaman serta boleh menjamin struktur rumah yang kukuh.
Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu dilihat secara lebih terperinci berkenaan berita menarik tersebut.
Kos pembinaan yang hanya RM20,000 sahaja mungkin tidak termasuk pelbagai lagi kos sampingan yang perlu disediakan untuk pembinaan rumah tersebut. Lokasi yang jauh dari bandar juga menjadi peranan kos menjadi lebih murah.
Jika ada yang ingin turut serta menggunakan kaedah IBS tersebut, kos upah juga perlu diambil kira kerana projek yang dijalankan oleh pensyarah dan pelajar tersebut lebih kepada khidmat masyarakat. Pemilihan kontraktor juga penting bagi menjaga kualiti rumah tersebut.
Selain itu, jika anda mempunyai tapak atau tanah sendiri, mungkin anda lebih sesuai untuk mencuba cara yang menjimatkan ini. Namun, jika anda tinggal di kawasan bandar, mungkin kos tersebut akan meningkat.
Sumber asal : Sinar harian
0 comments:
Post a Comment