Perkongsian ini adalah dari pengalaman sebenar beberapa orang ejen takaful berkenaan alasan yang sering diberikan oleh prospek mereka.
Anak orang kaya
Apabila sudah dilahirkan kaya, mereka lebih sukar untuk melihat betapa pentingnya kad perubatan kerana tidak terbeban dengan kos perubatan yang tinggi..
Walaupun berlakunya kenaikan kos perubatan, mereka masih mampu untuk menanggung kos perubatan tersebut malah mendapat layanan di hospital yang lebih mewah.
Namun, orang kaya seharusnya menjadi orang pertama yang perlu ambil takaful kerana semua harta dan pendapatan mereka haruslah dijaga dan dikekalkan.
Tak pernah sakit
Jika kita dapat tahu bila kita akan sakit, pasti kita sudah bersedia. Namun, setiap malapetaka atau bencana memang tidak boleh diduga kerana ia boleh datang pada bila-bila masa sahaja.
Lebih penting lagi, takaful perlu diambil sebelum anda sakit. Jika sudah sakit, anda tidak layak untuk ambil takaful lagi.
Syarikat sudah ada pelan perubatan
Kebanyakan syarikat biasanya menawarkan kad perubatan untuk staf mereka sebagai manfaat syarikat. Namun, kad perubatan tersebut mempunyai had limit yang berbeza, manfaat yang berbeza dan selalunya berbeza mengikut jawatan.
Namun, satu perkara yang syarikat tidak beri adalah pampasan kematian atau jika berlaku cacat kekal yang menyebabkan anda tidak boleh bekerja lagi. Jika ini berlaku, anda tidak akan mendapat pendapatan lagi kerana tidak mampu untuk bekerja.
Jadi, anda sememangnya memerlukan takaful yang menyediakan pampasan kematian sebagai perlindungan pendapatan anda.
Muda lagi
Bukan orang tua sahaja yang dekat kepada kematian malah orang muda juga boleh mati pada bila-bila masa sahaja. Kita tidak tahu bilakah tarikh dan masa kematian kita.
Jika masih muda, anda bernasib baik kerana caruman takaful anda masih rendah kerana risiko anda masih rendah. Apabila sudah meningkat usia, caruman anda lebih mahal kerana risiko terdedah kepada penyakit dan bahaya yang lebih tinggi.
Malah, oang muda yang sering berada di jalan raya sekarang lebih terdedah kepada bahaya kemalangan terutama ketika musim cuti sekolah atau perayaan.
Belum bersedia
Jika anda belum bersedia untuk mengambil pelan takaful, ini bermakna anda masih belum bersedia untuk sakit kerana kos perubatan yang tinggi.
Oleh itu, anda kena pastikan anda sentiasa sihat setiap masa tanpa ada sebarang masalah kesihatan.
Hutang banyak
Ini bermakna anda perlu lakukan sesuatu terhadap pengurusan kewangan anda kerana ia kelihatan tidak sihat.
Takaful hanyalah sebahagian daripada asas pengurusan kewangan yang baik termasuklah simpanan dan aset. Jika hutang terlalu banyak, pastikan anda selesaikan dahulu semua hutang-hutang anda dengan cepat.
Jika anda mempunyai pelan perlindungan, anda tidak perlu risau jika sesuatu berlaku terhadap diri anda. Pampasan kematian atau kecacatan kekal yang diterima boleh dijadikan sebagai dana untuk menyelesaikan hutang-hutang anda.
Buat pelaburan lain
Setiap pelaburan mempunyai risiko yang tersendiri untuk capai matlamat pelaburan tersebut.
Jika berlaku sesuatu terdapa diri anda, anda akan sukar untuk mencapai matlamat pelaburan anda disebabkan tiada punca pendapatan.
Takaful tipu
Ada sesetengah pemegang polisi takaful rasa tertitpu apabila mereka tidak mendapat pampasan seperti yang dijanjikan atau tidak mendapat menuntut kos perubatan mereka.
Hal ini terjadi biasanya salah faham terhadap polisi yang diambil kerana tidak mendapat penerangan yang secukupnya. Pemegang polisi juga mungkin tidak sedar yang polisi mereka sudah terbatal akibat tidak membuat caruman setiap bulan.
Oleh itu, pastikan anda mendapat penerangan yang jelas dan terperinci sebelum buat keputusan untuk mengambil mana-mana pelan takaful.
0 comments:
Post a Comment