Minat pelaburan hartanah. Ini panduan pemilihan rumah untuk kos rendah.


Rumah kos rendah sering dilabel sebagai satu rumah yang buruk dari pandangan orang lain.

Namun, dengan sedikit skil kreatif, anda mampu mengubah rumah kos rendah yang bersaiz kecil menjadi lebih cantik dan nampak moden.

Apakah syarat untuk memiliki rumah kos rendah di Selangor?
1. Pembeli tidak memiliki sebarang rumah di Selangor
2. Bujang bergaji bawah RM3,000 
3. Berkahwin bergaji bawah RM5,000

Jika anda ingin beli rumah kos rendah dengan niat untuk sewakan semula, ini beberapa perkara yang perlu anda lihat terlebih dahulu.


1. Lokasi

Lumrah sesuatu kawasan jika terdapatnya peluang pekerjaan yang tinggi, permintaan sewa rumah di kawasan tersebut juga akan meningkat.

Antara lokasi yang menjadi pilihan orang ramai adalah lokasi yang berhampiran dengan tempat kerja mereka.

Jika kawasan tersebut adalah di dalam bandar, anda tidak perlu risau dengan permintaan sewa kerana kawasan tersebut memang menjadi tumpuan orang ramai yang bekerja di bandar.

Manakala di kawasan pinggir bandar juga adalah masih menjadi pilihan orang ramai kerana jaraknya yang masih tidak jauh dari bandar serta kadar sewa yang masih berpatutan.

Lokasi sesuatu kawasan juga akan menentukan sama ada harga rumah tersebut akan meningkat dengan cepat atau tidak. 


2. Bakal penyewa

Jika kawasan tersebut adalah berhampiran dengan kolej pendidikan atau universiti, sasaran penyewa yang bakal duduk di rumah anda adalah pelajar itu sendiri. 

Manakala jika rumah tersebut berhampiran dengan kawasan industri, penyewa rumah anda mungkin adalah dari pekerja kilang.

Anda perlu berhati-hati jika kawasan tersebut ramai dan dipenuhi dengan kehadiran penduduk warga asing kerana ia sedikit sebanyak akan menggangu nilai rumah anda.

Jika terlalu ramai warga asing, penduduk tempatan kurang berminat untuk menyewa di kawasan tersebut atas faktor keselamatan.


3. Kedai 

Sesuatu kawasan perumahan memerlukan kedai sebagai fasiliti asas dalam kehidupan.

Kedai runcit atau supermarket sudah cukup melengkapkan fasiliti di sesuatu kawasan. Ini bagi memudahkan kaum hawa yang ingin masak dirumah untuk mendapatkan bahan mentah.

Selain itu, jika sesuatu kawasan itu penuh dengan kedai yang pelbagai jenis, ini menunjukkan kawasan tersebut adalah sangat bagus kerana penduduk di situ tidak perlu keluar jauh untuk mendapatkan barang keperluan harian.

Selain itu, jika kawasan tersebut dipenuhi dengan penjaja pada waktu pagi, ini menunjukkan kawasan tersebut menjadi tumpuan orang ramai untuk tinggal di situ.


4. Kadar sewa

Sebelum anda ingin membuat keputusan untuk membeli rumah, pastikan anda sudah semak dahulu anggaran kadar sewa di kawasan tersebut.

Ini sangat penting supaya anda dapat menyewakan semula rumah tersebut nanti dengan kadar melebihi bayaran bulanan kepada pihak bank.

Anda boleh survey  di laman web mudah.my untuk melihat kadar sewa semasa yang ditawarkan di kawasan tersebut.

Selain itu, anda juga boleh tanya kepada jiran-jiran berkenaan kadar sewa semasa rumah tersebut.


5. Fasiliti

Antara fasiliti yang menjadi tumpuan utama adalah stesen tren seperti LRT, MRT atau KTM.

Kemudahan kenderaan awam seperti ini memudahkan orang ramai untuk menuju ke tempat kerja masing-masing.

Kebanyakan orang awam yang bekerja di bandar seperti Kuala Lumpur lebih selesa untuk menaiki kenderaan awam disebabkan oleh kesesakan jalan raya.

Selain itu, fasiliti atau kemudahan lain seperti bank, stesen minyak, sekolah, masjid dan juga restoran 24 jam adalah faktor yang menyebabkan sesuatu kawasan menjadi pilihan orang ramai untuk tinggal di situ. 

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment