Hujung bulan gaji selalu habis. Ini 5 cara buat duit di internet.

 

Pernah tak anda tertanya-tanya bagaimana untuk buat duit atau mencari pendapatan tambahan melalui platform internet.

Melalui internet, ianya menjadi sangat mudah jika anda tahu caranya. Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, ini cara terbaik untuk anda tambah duit poket.

Jika anda masih tercari-cari bagaimana untuk tambah pendapatan melalui internet, kami inginkan kongsikan beberapa cara untuk anda ikut.

 1. 8Share

Pernah tak anda dengar satu syarikat yang akan bayar kepada anda jika anda kongsikan iklan mereka.

Bayaran akan diterima jika anda kongsikan iklan mereka dan kawan-kawan anda klik pada iklan tersebut. Mudah bukan?

Setiap klik dari rakan anda terhadap iklan tersebut anda akan terima RM0.20 dan maksimum yang anda boleh terima bagi setiap iklan adalah sebanyak RM10.

Jika anda mempunyai kawan yang ramai di Facebook, anda mungkin akan lebih mudah untuk terima klik tersebut.

Walaubagaimanapun, terdapat kod etika yang perlu anda ikut. Jika anda langgar, akaun anda mungkin akan dibekukan.

Jika berminat, anda boleh daftar sini.  


2. Affiliate

Affiliate adalah satu program dimana anda perlu membuat promosi sesuatu produk orang lain.  

Anda akan terima komisyen jika terdapat barang yang terjual. Antara produk popular yang menjadi pilihan orang ramai adalah menjual ebook.

 Tahukah anda, syarikat besar seperti Lazada juga mempunyai program affiliate untuk produk yang terdapat di laman web mereka. 

Anda hanya perlu kongsikan iklan mereka di blog atau melalui media sosial kepada rakan-rakan anda.

Jika ada pembeli yang menggunakan link tersebut untuk melengkapkan pembelian, anda akan terima komisyen dari 6% hingga 10% bergantung kepada produk.

 Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk sini.  


  3. Dropship

 Jika anda perasan orang ramai sudah mula jual produk-produk kesihatan seperti pembersih muka, ubat kurus, ubat jerawat dan banyak lagi.

Kebanyakan mereka bermula sebagai ejen dropship kerana modal yang sangat rendah dan produk tersebut juga sudah popular.

Sama juga seperti affiliate, dropship pula lebih sesuai jika anda ingin menjadi pengedar sah sesuatu produk kerana anda sendiri yang akan melayan pelanggan anda.

Anda juga yang akan menentukan harga dan diskaun yang anda akan berikan kepada pelanggan anda.

Pemilihan produk juga sangat penting untuk meyakinkan pelanggan untuk membeli produk tersebut. Jika produk sudah popular dan terkenal,lebih mudah untuk jual.  




4. Buat Ebook

Jika anda mempunyai bakat sesuatu perkara seperti membuat website, memasak, teknik menjual atau apa sahaja yang boleh memberi manfaat kepada orang lain, anda boleh kongsikan ilmu anda itu di dalam ebook.  

Terdapat ramai rakyat Malaysia yang ingin dapatkan ilmu baru melalui pembacaan ebook.

Lebih menarik lagi, anda hanya perlu menghasilkan ebook tersebut sekali sahaja dan boleh menjual semula seberapa banyak yang anda inginkan.

Purata ebook yang biasa dijual di luar sana adalah berharga antara RM25 hingga RM30 bergantung kepada kualiti ilmu tersebut.

Jika anda dapat menjual kepada 100 orang, ini bermakna anda sudah mendapat keuntungan sebanyak RM2,500 dengan kos yang sangat rendah.    


5. blog 

Jika anda sudah mempunyai blog, anda patut tahu bagaimana untuk membuat duit melalui blog anda.  

Terdapat banyak syarikat periklanan seperti nuffnang dan google adsense yang sudi meletakkan iklan mereka di blog anda.

Namun, keuntungan bergantung kepada klik yang diterima.

Manakala jika blog anda mempunyai pelawat yang ramai, terdapat syarikat yang besar sudi untuk meletakkan iklan mereka di blog anda dengan bayaran yang tinggi sehingga mencecah 5 angka.    

Semoga 5 cara di atas dapat menambahkan pendapatan anda melalui internet.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment