Dengan gaji yang rendah. Ini kereta sebenar yang anda patut beli.


Mesti ramai yang excited apabila dapat gaji pertama.

Dengan slip gaji, terus mohon pinjaman kereta dengan pihak bank.

Adakah itu satu tindakan yang tepat?
Memiliki kereta sebagai di permulaan awal kerjaya bukanlah satu kesalahan. Cuma, yang menjadi kesalahan adalah membeli kereta yang di luar kemampuan kita.

Kami kongsikan beberapa langkah yang perlu anda ambil sebelum buat keputusan membeli kereta.

Langkah 1 : Objektif

Apakah objektif sebenar anda ingin beli kereta? adakah sekadar untuk menjadi alat pengangkutan dari satu tempat ke satu tempat lain.

Atau anda ingin beli kereta sebagai reward  anda sudah belajar penat-penat 4 tahun dekat universiti dulu.

Objektif ini yang akan menentukan kereta apa yang anda akan beli.

Kebiasaannya, jika anda mahu beli kereta hanya sekadar untuk menjadi alat pengangkutan, kereta yang murah akan menjadi pilihan anda.

Tetapi, jika anda ingin beli kereta kerana ingin dapatkan kepuasan diri sendiri, kereta mahal yang akan menjadi pilihan.


Langkah 2 : Nak beli rumah?

Jika anda berniat untuk beli rumah, anda mungkin perlu fikir semula komitmen yang bakal anda bayar selama 9 tahun akan datang.

Ya, bayaran pinjaman kereta ini yang akan menyebabkan pinjaman perumahan anda lebih sukar untuk lulus.

Seperti langkah pertama diatas, harga kereta yang anda ingin beli bergantung kepada anda sama ada ingin beli rumah atau tidak.

Semakin mahal harga kereta, semakin murah harga rumah yang anda layak beli.


Langkah 3 : Kira Kelayakan

Kelayakan yang kami maksud dekat sini bukan kelayakan pinjaman kereta, tetapi kelayakan sebenar anda.

Maksudnya anda perlu kira sekali kos-kos sampingan lain seperti minyak, tol dan lain-lain lagi.

Formula asas adalah bayaran bulanan mestilah hanya 10% dari gaji anda.

Jika gaji anda RM3,000 sebulan, ini bermakna anda hanya layak beli kereta yang mana bayaran bulanan adalah RM300.

Kenapa hanya 10%?
Sebab utama adalah formula ini tidak mengambil kira kos sampingan lain yang boleh mencecah 20% dari gaji anda iaitu sehingga RM600 setiap bulan.

RM600 setiap bulan itu adalah untuk bayaran minyak, tol, maintenance, road tax , insuran dan lain-lain lagi.

Ini bermakna, dengan gaji RM3000 setiap bulan, anda sudah belanjakan 30% iaitu RM900 sebulan hanya untuk kereta anda.

Cuba lihat jadual dibawah, anda boleh nilai kereta yang anda bakal beli.


Langkah 4 : Pilih kereta

Apabila anda sudah tahu berapa harga kereta yang anda layak beli, sekarang adalah masa untuk anda pilih kereta.

Anda boleh pilih sama ada untuk beli kereta baru atau kereta terpakai.

Kelebihan jika beli kereta baru adalah kos kerosakan agak rendah kerana masih baru dan dalam warranty.

Manakala jika anda beli kereta terpakai, risiko untuk rosak adalah tinggi jika anda tidak mahir dalam bab penjagaan kereta.

TIP : SEMAKIN BANYAK DEPOSIT YANG ANDA BAYAR, SEMAKIN SEDIKIT INTEREST YANG ANDA AKAN BAYAR.



Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment