Dapat takaful dan unit trust percuma setiap bulan. Ini caranya.


Terima kasih kerana berminat untuk mengetahui bagaimana cara dapatkan caruman takaful dan pelaburan unit trust percuma setiap bulan.

Ini adalah satu teknik yang sesuai digunakan oleh orang ramai untuk mendapatkan pengurusan kewangan yang baik.

Sebelum itu, perkara utama yang anda perlu tahu adalah teknik ini menggunakan pelaburan hartanah sebagai alat utama untuk mendapatkan takaful dan unit trust.

Langkah 1:

Beli sebuah rumah yang murah iaitu berharga bawah RM100k dimana boleh disewakan semula dengan kadar yang lebih tinggi daripada bayaran bulanan kepada pihak bank.

Pastikan rumah tersebut mempunyai 3 buah bilik supaya mudah untuk anda sewakan semula kepada penyewa mengikut bilik.

Juga, cari kawasan yang hot dan mudah disewakan.


Di Lembah Klang, masih terdapat banyak rumah yang berharga bawah RM100k dan boleh disewakan semula dengan kadar yang baik.

Anda boleh cuba cari melalui platform mudah.my.


Langkah 2:

Sewakan semula rumah tersebut mengikut bilik supaya anda boleh dapat kadar sewa yang lebih tinggi.

Jika mempunyai modal lebih, anda boleh tambah satu bilik diruang tamu untuk menjadikan rumah tersebut mempunyai 4 buah bilik.

Kebanyakan penyewa akan duduk dibilik masing-masing dan tidak menggunakan ruang tamu.

Sewa :
Bilik besar                 : RM350
Bilik sederhana        : RM250
Bilik kecil                   : RM200
Jumlah                      : RM 800

(-) Bayaran kos maintenance dan lain-lain : (RM100)
Jumlah bersih             :RM700

Bayaran bulanan kepada pihak bank : RM500
Lebihan sewa                                           : RM200


Langkah 3:

Anda cari mana-mana ejen takaful yang berhampiran dengan kawasan anda, tanya produk takaful yang sesuai dengan diri dan beserta bajet RM200 setiap bulan.

Lebihan sewa dari rumah pertama anda tadi akan digunakan sebagai caruman takaful.

Kenapa perlu takaful dahulu berbanding unit trust?
Kerana takaful akan menjadi asas perlindungan hidup anda dan akan membolehkan anda hidup dengan tenang.


Langkah 4:

Ulang Langkah 1 tadi, iaitu dengan mencari rumah seterusnya. Rumah kedua masih lagi senang kerana pembiayaan daripada pihak bank masih lagi 90%.

Cumanya, anda mungkin agak sukar untuk cari rumah kos sederhana dengan harga bawah RM100k.

Gunakan dokumen pendapatan sewa rumah pertama anda tadi untuk memohon rumah yang lebih mahal harganya iaitu anggaran bawah RM150k.

Ya. masih terdapat lagi rumah kos sederhana yang berharga RM150k di Lembah Klang.

Ulang langkah 2 hingga 3 seperti diatas dan anda hanya perlu tukar caruman takaful kepada simpanan unit trust  setiap bulan serendah RM200 sahaja.

Selepas selesai semua diatas, anda sudah mempunyai caruman takaful dan simpanan unit trust  setiap bulan percuma.



Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment