Inginkan gaji yang tinggi. Ini beberapa cara untuk dapatkan kenaikan gaji dengan cepat.



Salah satu punca ramai yang tidak lepas pinjaman perumahan adalah kerana pendapatan yang rendah.

Pihak bank mahukan peminjam yang bergaji tinggi atas dasar kemampuan bayaran semula yang lebih baik.

Oleh itu, jika anda sedang bekerja atau masih mencari kerja, kami kongsikan beberapa tip untuk anda lakukan bagi mendapatkan kenaikan gaji yang lebih tinggi.

Datang awal

Ini antara satu habit yang baik terutama jika anda bekerja di sebuah syarikat yang besar. Jika anda sering datang awal, anda mungkin akan menjadi tumpuan bos anda terutama bila anda adalah satu-satunya pekerja yang tidak pernah datang lambat.

Jangan sesekali datang lambat dan bagi alasan yang tidak munasabah. Sekali anda bagi alasan, anda mungkin akan di cop sebagai pemalas walaupun hanya sekali sahaja datang lambat.

Apabila sudah datang awal, jangan pula anda tidur di pejabat. Siapkan kerja yang penting lebih awal supaya anda tidak akan pernah lewat menghantar kerja anda.


Banyak Tanya

Mungkin rakan pejabat anda akan label anda sebagai lambat belajar disebabkan selalu bertanya. Tetapi, anda akan belajar dengan banyak apabila anda banyak bertanya.

Selain itu, bos anda juga akan nampak anda sebagai seorang yang bersungguh-sungguh untuk memahami sesuatu perkara. Jika anda berada di dalam mesyuarat, anda di galakkan untuk turut serta sebagai tanda anda faham dan sokong akan perbincangan dalam mesyuarat tersebut.

Lebih menarik lagi, anda akan dilihat sebagai seorang yang menonjol di kalangan staff yang lain. Seseorang yang menonjol akan mendapat lebih tinggi kenaikan gaji berbanding orang lain.


Buat semua kerja

Apabila rakan pejabat anda mula serahkan tugas mereka kepada anda, anda harus terima sahaja. Cuma, anda perlu rekod dan beritahu tentang kerja baru yang anda buat kepada bos anda.

Anda akan buat banyak kerja dan pada masa yang sama anda akan menjadi seorang yang serba tahu dalam sesuatu syarikat. Ini membuatkan anda lebih sukar untuk dibuang kerja.

Selain itu, apabila anda tahu buat banyak kerja, ini juga membantu anda apabila anda ingin pindah ke syarikat lain untuk dapatkan pekerjaan baru. Anda berpeluang untuk pilih pekerjaan yang anda lebih meminati kerana skop dan skill pekerjaan yang anda fahami lebih luas.




Lompat kerja

Ada sesetengah orang tidak menggalakkan kita sering 'lompat kerja' kerana anda mungkin di label tidak setia.

Selain itu, apabila anda lompat kerja, anda mungkin berpeluang untuk lihat kebolehpasaran anda di pasaran semasa.

Lebih banyak tawaran interview yang anda terima, lebih tinggi peluang untuk anda minta kenaikan gaji anda.




Demand

Jika anda yakin anda sudah banyak buat kerja untuk syarikat dengan baik, anda sebenarnya ada hak untuk meminta kenaikan gaji.

Ini adalah masa terbaik untuk anda lihat sama ada bos anda akan hargai anda atau tidak. Bos yang baik biasanya akan menghargai stafnya yang sudah banyak bekerja untuk syarikat.


Pengetahuan am

Ya. Jika anda mempunyai pengetahuan am atau anda sering ambil tahu hal semasa, anda mungkin akan dipandang tinggi walaupun anda hanya seorang staff junior.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk rajin membaca berita dan tambah pengetahuan am.

Jangan terkejut jika ada orang muda yang masih baru bekerja tetapi sudah memiliki kenaikan gaji yang sangat tinggi.



Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment