KOMBO KEWANGAN : Jalan menuju ke Kebebasan Kewangan


Apakah itu kombo kewangan?

Kombo kewangan adalah gabungan tiga (3) instrumen kewangan yang asas iaitu aset, takaful dan simpanan.


Kenapa anda perlu dapatkan kombo kewangan?

Jika seseorang itu sudah memiliki 3 perkara diatas, ini bermakna pengurusan kewangan mereka sudah baik.

Dengan mendapatkan kombo kewangan, anda sudah tidak perlu risau tentang masalah kewangan ketika ekonomi sedang jatuh.

Anda juga sedang berada di tahap kewangan yang jauh dari masalah kewangan seperti hutang yang melampau, tiada dana cukup untuk kecemasan dan kurang pendapatan tambahan.

Dan apa yang lebih penting adalah kombo kewangan ini merupakan asas untuk seseorang sebelum mencapai status kebebasan kewangan.

Apakah kelebihan memiliki kombo kewangan?

Aset : 
Menjadi tempat perlindungan secara fizikal (iaitu tempat berteduh) dan juga perlindungan masa hadapan (iaitu peningkatan nilai).

Pada masa yang sama, melalui pelaburan hartanah juga anda boleh mendapatkan pendapatan pasif setiap bulan dan juga mencapai status kebebasan kewangan.

Takaful:
Menjadi pelindung kepada pendapatan semasa dan pada masa yang sama ketika menghadapi bencana yang tidak di duga.

Simpanan:
Merupakan perkara paling asas dalam pengurusan kewangan kerana simpanan diwujudkan untuk digunakan pada masa hadapan atau persaraan.

Simpanan yang betul akan menyediakan dana yang cukup untuk persaraan atau pendidikan anak anda.


Bagaimana untuk mendapatkan kombo kewangan dengan baik?

Aset : 
Anda boleh dapatkan tunjuk ajar dari pakar hartanah berkenaan dengan pelaburan hartanah atau cara beli rumah yang lebih jimat.

Anda juga boleh hadir ke seminar pelaburan hartanah yang akan berlangsung di Shah Alam pada 25 September 2016 dengan mendaftar di sini. DAFTAR

Takaful :
Anda boleh berjumpa dengan ejen takaful yang berdaftar untuk mendapatkan penjelasan berkenaan pelan takaful yang sesuai dengan diri anda.

Dapatkan quotation takaful percuma melalui kami. DAFTAR

Simpanan:
Anda boleh membuka akaun simpanan sama ada di dalam akaun ASB, Tabung Haji atau Amanah Saham.

Kami boleh bantu anda untuk buka akaun amanah saham. DAFTAR


Bolehkah saya dapatkan kombo kewangan dari duitkertas.com?

Boleh. Kami akan uruskan dan beri nasihat berkenaan pengurusan kombo kewangan yang baik. Kami mempunyai ejen yang berdaftar untuk menguruskan hal kewangan anda.
Email kami duitkertas.com@gmail.com untuk dapatkan maklumat lanjut.


Bagaimana jika saya mahu belajar tentang pelaburan hartanah?

Kami akan bimbing anda secara percuma jika anda mengambil kombo kewangan dengan kami.
Jika mahu belajar pelaburan hartanah sahaja, sila lihat sini.


Bagaimana jika saya sudah mempunyai hutang yang banyak?

Kami akan memberi nasihat dan membuat satu rancangan untuk menyelesaikan hutang terlebih dahulu sebelum pergi ke kombo kewangan.




Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment