Kos sara hidup meningkat?Ini cara untuk gandakan wang simpanan anda.

women2
Jika anda selalu simpan duit didalam akaun simpanan bank, anda mungkin perlu lihat semula apa yang anda dapat dari simpanan tersebut.

Konsep simpanan adalah anda mengekalkan nilai wang tersebut untuk kegunaan masa hadapan.

Namun, terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu seperti kenaikan kos sara hidup atau kadar inflasi yang mengurangkan nilai mata wang.

Sebagai contoh, nilai RM500 pada hari ini adalah tidak sama dengan nilai RM500 pada 5 tahun akan datang. Nilai RM500 tersebut semakin berkurang atas sebab kos yang semakin tinggi.

Jika anda simpan hanya untuk kekalkan nilai tersebut pada masa hadapan, anda sebenarnya telah rugi.

Oleh itu, jika anda simpan, pastikan nilai simpanan tersebut meningkat bagi mengatasi kos sara hidup yang semakin tinggi.

Sebagai contoh, jika anda simpan wang anda di tabung haji atau ASB, anda akan dapat dividen setiap tahun dimana ia akan meningkat nilai simpanan anda.

Bagaimana untuk gandakan wang anda?

Bagi mengetahui berapa lama wang anda boleh digandakan, kami ingin sarankan anda untuk guna Rule 72.

Bagaimana untuk guna Rule 72 ini? Mudah sahaja.

Jika anda mempunyai simpanan RM500, berapa lamakah ianya akan menjadi RM1,000.



Jika pulangan tahunan yang ditawarkan adalah sebanyak 4%, 72/4 = 18 tahun.

Ini bermakna, anda perlukan 18 tahun untuk jadikan RM500 kepada RM1,000



Jika pulangan tahunan yang ditawarkan adalah sebanyak 8%, 72/4 = 9 tahun.

Ini bermakna, anda perlukan 9 tahun untuk jadikan RM500 kepada RM1,000



Jika pulangan tahunan yang ditawarkan adalah sebanyak 12%, 72/12 = 6 tahun.

Ini bermakna, anda perlukan 6 tahun untuk jadikan RM500 kepada RM1,000



Jadi, secara kesimpulannya, cuba simpan wang anda ditempat yang memberi pulangan tahunan yang lebih tinggi untuk jangka masa panjang.

Tetapi, anda juga perlu tahu bahawa semakin tinggi pulangan pelaburan, semakin tinggi juga risiko yang perlu anda hadapi.


Secara umum, ini adalah pulangan tahunan pelaburan/simpanan di Malaysia:

Simpanan tetap : 4%

Tabung Haji : 6%

ASB : 8%

Amanah Saham : 12%

Hubungi kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan pengurusan kewangan HUBUNGI KAMI


Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment