Kalau anda semua nak tahu, salah satu punca kenapa ramai orang muflis adalah kerana pinjaman peribadi.
Pinjaman peribadi antara pinjaman yang mengenakan interest rate yang tinggi.
Apabila Hari Raya makin dekat, makin ramai yang mula memohon pinjaman peribadi untuk tujuan membeli barang keperluan Hari Raya.
Sebenarnya, apabila kita terpaksa mengambil pinjaman peribadi untuk mendapatkan sesuatu, itu bukanlah keperluan tetapi kehendak.
Jom tengok apa yang orang ramai beli sebagai persiapan Hari Raya.
Pakaian Hari Raya
Tak meriah kalau Hari Raya tiada baju baru. Kalau anda mampu, beli lah baju baru.
Tetapi jika tidak mampu, guna sahaja baju raya tahun lepas.
Jika anda terpaksa mengambil pinjaman untuk beli baju raya ni, ini menunjukkan anda sebenarnya tidak mampu.
Kebiasaannya, anak-anak akan meminta untuk beli baju raya dengan ibu bapa. Dalam kes seperti ini, ibu bapa haruslah memainkan peranan mereka untuk mendidik anak mereka dengan lebih berhati-hati.
Apa yang lebih membimbangkan, jualan baju raya ekslusif yang mencecah RM300 sehelai menyebabkan ramai orang berbelanja tanpa melihat poket mereka sendiri.
Perabot
Ini pun salah satu benda wajib yang perlu beli apabila tiba musim raya.
TV, sofa, kabinet dan macam-macam lagi jenis perabot bakal ditukar.
Biasanya jiran menjadi punca kenapa kita terburu-buru untuk tukar perabot. Lihat mereka tukar perabot, kita pun nak tukar perabot.
Lebih mudah lagi, sekarang banyak kedai perabot menawarkan bayaran secara ansuran dengan menggunakan kad kredit.
Kereta
Bila musim raya tiba, pelbagai promosi dilakukan oleh syarikat penjualan kereta seperti beli kereta tanpa deposit, dapat pelbagai hadiah dan juga terima wang rebat.
Promosi seperti ini akan menjadikan golongan muda yang baru sahaja bekerja sebagai sasaran mereka.
Dengan gaji yang rendah, mereka sudah boleh memiliki kereta idaman mereka.
Kebanyakan pembeli kereta menganggap mereka layak membeli kereta apabila bayaran bulanan kepada bank rendah. Mereka sepatutnya melihat juga kepada perbelanjaan sampingan seperti minyak kereta, maintenance, cukai jalan, insuran dan banyak lagi kos sampingan.
Nasihat kami
Pada musim hari raya ini, berbelanjalah ikut kemampuan diri sendiri tanpa melibatkan hutang supaya kehidupan kita selepas hari raya tidak terbeban dengan bayaran ansuran hutang-hutang tersebut.
Apabila hutang seperti pinjaman peribadi, kad kredit dan kereta sudah banyak, maka peluang untuk beli rumah sebagai aset adalah sangat rendah.
Duit raya. Wajib ke?
0 comments:
Post a Comment