Bila kumpul sebulan, duit raya mencecah ratusan ringgit.
Tapi, pada masa yang sama, orang dewasa pula kehabisan ratusan ringgit untuk bagi dekat budak-budak yang datang.
Tradisi bagi duit raya masa ni adalah satu adat dan aktiviti yang baik.
Bagi boleh, tak bagi pun boleh.
Kalau nak bagi, biar seikhlas hati nanti tiada lah kita mengungkit semula pemberian tu.
Kenapa anda perlu sediakan duit raya?
Hari Raya
Bagi meneruskan tradisi hari raya, bagilah duit raya kepada kanak-kanak biarpun sedikit.
Ibu bapa pula, didiklah anak-anak supaya bersyukur dengan setiap duit yang diterima.
Hari raya akan lebih meriah dengan telatah kanak-kanak yang gembira menerima duit raya.
Pastikan duit yang diterima digunakan sebaiknya.
Sedekah
Selain tradisi hari raya, ini adalah salah satu cara terbaik untuk anda bersedekah kepada orang ramai.
Anda juga boleh sediakan makanan yang sedap untuk tetamu yang hadir.
Jika anda tak cukup bajet untuk bagi duit raya, tidak mengapa sebab ini bukanlah sesuatu yang wajib.
Kami faham sesetengah orang tidak mampu untuk memberi. Namun, pada yang mampu, ini masa terbaik untuk anda memberi.
Pada yang pandai ambil peluang, ini adalah masa terbaik untuk anda buat business cetak sampul raya.
Permintaan memang sangat banyak.
0 comments:
Post a Comment