Pengurusan Kewangan Yang Bakal Mengubah Masa Depan Anda


Kenapa kita perlu mengurus kewangan kita dengan baik?

Fakta dan statistik menunjukkan bilangan mereka yang muflis dan blacklist dengan pihak bank meningkat setiap hari.


Jika kita tidak mahir dalam menguruskan kewangan kita, kita mungkin menjadi salah seorang yang terlibat dalam senarai tersebut.

Perkara asas dalam pengurusan kewangan yang perlu anda tahu adalah merangkumi perkara berikut.


  • Aset


Kenapa kita perlu memiliki aset seawal usia?

Memang kita semua tahu aset pada masa kini memerlukan kos yang tinggi dan kita juga perlu tahu untuk memiliki aset pada masa hadapan adalah lebih tinggi kosnya berbanding hari ini.

Lihat sahaja bagaimana kenaikan harga rumah atau tanah. Semakin hari semakin mahal harganya.

Suka atau tidak, kita perlu ambil tindakan untuk memiliki sekurang-kurangnya satu aset yang boleh membantu mengurangkan beban kita dimasa hadapan.

Aset juga boleh dijadikan satu alat bantuan kewangan untuk generasi masa hadapan sama ada untuk anak atau cucu kita. Mereka ini yang akan mewarisi aset kita dan pada masa yang sama kita juga sebenarnya telah membantu meringankan beban mereka di masa hadapan.

Jadi, langkah terbaik adalah memiliki aset seperti rumah seawal mungkin mengikut kemampuan kita.
Harga rumah mahal?

Ya, itu adalah satu kenyataan yang perlu kita terima. Apa yang perlu kita buat sekarang adalah untuk mencari penyelesaian bagaimana untuk memiliki rumah tersebut.

Bagaimana?

1. Hadiri seminar berkenaan dengan pelaburan hartanah walaupun anda tidak berniat untuk menyertai pelaburan tersebut. Melalui seminar tersebut, anda akan jumpa pelbagai teknik dan tip untuk memiliki hartanah dengan kos yang rendah.

2. Beli buku panduan pelaburan hartanah. Anda akan mendapat idea bagaimana untuk bermula sebelum memiliki hartanah.

3. Berkawan dengan rakan yang sama objektif. Lebih kerap anda berjumpa atau berbincang dengan rakan anda yang mempunyai objektif yang sama, iaitu memiliki rumah, lebih semangat anda untuk mendapatkan rumah idaman anda.


  • Hutang

Sejak dari universiti lagi kita sudah di dedahkan dengan hutang iaitu melalui hutang pendidikan. Anda sangat bertuah kerana anda sudah dapat belajar bagaimana untuk mengurus hutang anda sejak dari awal lagi.

Menurut Robert Kiyosaki, hutang terbahagi kepada dua iaitu hutang baik dan hutang jahat.

Apa itu hutang baik?

Hutang baik adalah hutang yang memberi manfaat dari segi kewangan kepada kita seperti pendapatan pasif dan keuntungan.

Sebagai contoh, jika kita membuat hutang rumah, dan rumah tersebut disewakan semula.
Bayaran bulanan kepada bank : RM1,000
Bayaran terima daripada penyewa : RM1,300
Keuntungan rumah sewa : RM300/sebulan

Dan pada masa yang sama juga, nilai rumah tersebut semakin lama semakin meningkat.
Pada masa kita beli, harga rumah tersebut adalah RM200,000.00. Selepas 5 tahun, harga rumah tersebut mungkin akan meningkat kepada RM400,000.00.

Apakah ciri-ciri hutang baik?

1. Bayaran bulanan hutang tersebut dibayar oleh orang lain (seperti penyewa).
2. Hutang tersebut tidak mengurangkan gaji kita.
3. Hutang tersebut memberi kita pendapatan pasif setiap bulan.
4. Hutang tersebut memberi kenaikan nilai terhadap aset kita.


  • Simpanan

Perkara paling susah untuk kita buat adalah simpanan secara tetap dan berterusan.

Simpanan adalah habit yang perlu di didik sejak dari kecil. Jika anda sudah di ajar untuk menyimpan sejak dari kecil, anda mungkin tiada masalah untuk menyimpan ketika sudah bekerja.

Perkara utama yang kita perlu tahu dalam kaedah simpanan ini adalah berkenaan dengan objektif atau matlamat.

Setiap simpanan perlulah disertakan dengan objektif. Sebagai contoh, simpanan untuk hari tua, simpanan untuk kecemasan, simpanan untuk melancong dan lain-lain.

Dalam asas pelaburan, anda digalakkan untuk menyimpan 10% dari gaji anda untuk simpanan hari tua. Namun, ia bergantung kepada matlamat anda juga, jika anda rasa 10% adalah sangat rendah, anda boleh tambah nilai tersebut kepada 20%.

Contoh kes sebenar jika anda bergaji bersih RM3,000

Simpanan hari tua : RM300
Simpanan kecemasan : RM200
Simpanan hobi : RM200
Simpanan deposit beli rumah : RM1,000
Perbelanjaan dan lain-lain : RM1,300

Namun, ia bergantung kepada individu tersebut untuk menilai yang terbaik.

Apa yang penting adalah setiap simpanan anda mestilah disertakan dengan objektif atau matlamat supaya anda tahu ke mana perginya duit anda.


  • Perlindungan

Mungkin ada diantara kita yang masih belum memerlukan perlindungan atau lebih mudah faham, takaful@insuran.

Insuran adalah perlindungan konvensional.Takaful pula adalah perlindungan Islamik.

Perlu diingat bahawa tujuan takaful ini adalah sebagai perlindungan sahaja iaitu jika berlaku sebarang musibah kepada diri sendiri, perlindungan ini yang akan membantu kita atau waris kita.

Bilakah masa yang sesuai untuk mengambil pelan perlindungan?
Sebelum musibah melanda kita.

Ini adalah perkara yang sering ramai terlepas pandang kerana kita semua tidak tahu bila musibah akan terjadi kepada diri kita. Sebagai langkah berjaga-jaga, pelan perlindungan ini adalah cara paling selamat.

Ramai yang memberi alasan bahawa bayar RM200 setiap bulan sangat merugikan jika kita tidak dapat sebarang pampasan atau musibah tidak terjadi.

Perlindungan yang dimaksudkan disini adalah perlindungan untuk musibah yang tidak dijangka.
Jika tiada sebarang musibah berlaku, kita mungkin akan rugi dari segi harga iaitu RM200.
Tetapi kita akan untung dari segi 'peace of mind'atau ketenangan minda. Kita tidak perlu risau tentang bayaran perubatan jika berlaku sebarang musibah.

Kos perubatan yang semakin mahal antara sebab utama kenapa anda perlukan pelan perlindungan.


  • Pelaburan

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis pelaburan yang anda boleh pilih sama ada yang patuh syariah atau tidak. Juga, ada yang berisiko rendah dan tinggi.

Asas pelaburan adalah jika rendah risiko pelaburan itu, maka rendah jugalah pulangan yang anda terima. Manakala jika tinggi risiko pelaburan tersebut, maka pulangan juga tinggi.

Perkara utama yang perlu anda tahu tentang pelaburan adalah ilmu pelaburan. Pastikan anda mempunyai ilmu sebelum menyertai sebarang bentuk pelaburan bagi mengelakkan kerugian dan juga penipuan.

Pada hari ini, terdapat banyak kes penipuan yang melibatkan pelaburan. Anda digalakkan untuk menyertai pelaburan yang disahkan oleh pihak berwajib seperti BNM.

Jika anda seorang yang bekerja makan gaji dan inginkan pelaburan yang berisiko rendah dan sederhana, anda boleh buat potongan sebanyak 10% dari gaji anda ke amanah saham @unit trust setiap bulan.

10% mungkin nampaka kecil pada hari ini tetapi 10% inilah yang akan membantu kita pada masa hadapan atau ketika usia persaraan kita.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment