Adakah kad kredit berbahaya?
Ya. Jika anda tidak tahu bagaimana untuk guna kad kredit dengan betul.
Biasanya, orang yang baru habis belajar akan dapat banyak promosi atau offer dari pegawai bank untuk dapatkan kad kredit. Kad kredit ni best sebab tak perlu bawak cash lepastu cuma swipe je bila nak berbelanja.
Lagi best, kad kredit ni la juga boleh guna untuk buat shopping online.
Seronok kan? Sebab tu ramai yang ambil kad kredit lepastu terlibat dengan banyak hutang.
Gaji belum masuk, kad kredit sudah swipe.
Bila gaji masuk, bayar balik kad kredit.
Kitaran seperti ini nampak mudah pada awalnya. Tetapi bila jumlah tertunggak semakin meningkat, ada yang terpaksa ambil kad kredit kedua untuk teruskan kitaran seperti di atas.
Guna kad kredit hanya apabila anda sudah bersedia untuk menggunakannya.
Adakah anda sudah bersedia untuk menggunakan kad kredit?
1. Limit maksimum seperti gaji
Ada bank akan bagi limit kad kredit yang tinggi seperti 2 kali ganda dari jumlah gaji. Seronok bukan?Gaji RM3,000 sahaja tetapi boleh berbelanja sehingga RM6,000.
Ini adalah satu punca utama kenapa ramai yang gagal mengawal penggunaan kad kredit. Limit yang terlalu tinggi.
Apa yang perlu anda buat adalah tetapkan limit sama paras dengan gaji anda. Supaya anda hanya berbelanja jumlah yang sesuai dengan gaji anda.
2. Sebagai pemudah cara, bukan penambah belanja
Kad kredit boleh dijadikan sebagai satu alat yang memudahkan kita untuk membuat bayaran.
Contoh memudah cara adalah jika kita ingin bayar minyak di stesen minyak, anda tidak perlu beratur di kaunter tetapi hanya swipe sahaja di pam. Lebih jimat masa dan memudahkan cara.
Manakala penambah belanja pula, jika sebelum ini kita bayar minyak sebulan RM200, tetapi selepas guna kad kredit bayaran menjadi RM300 sebulan.
Jika ini berlaku, anda perlu semak balik kenapa perbelanjaan semakin meningkat.
Kadang-kadang bila kita ingn swipe kad kredit, kita ada satu perasaan 'swipe je la dulu, hujung bulan bayar guna gaji'. Kalau anda ada perasaan macam ni, berhati-hati la.
3. Terlalu kejar Point.
Kebanyakan kad kredit menawarkan penebusan point yang mana anda boleh tukar untuk dapatkan pelbagai jenis hadiah.
Bila terlalu mengejar point, maka ramailah yang swipe untuk perkara yang tidak penting dengan alasan untuk mengumpu point dan dapatkan hadiah.
Ambil kad kredit yang sesuai dengan gaya hidup anda. Jika anda sering travel atas urusan kerja atau business, anda mungkin sesuai ambil kad kredit yang menawarkan point atau rebate yang tinggi apabila anda isi minyak.
4. Ambil kerana salesman comel@handsome
Bila kita berjalan di Mall, kita akan dapat tawaran dari salesman untuk ambil kad kredit dengan mereka.
Cuma, wajah yang comel dan handsome salesman tersebut menjadi punca kenapa anda tandatangan borang tersebut.
Di tambah pula, salesman tersebut menawarkan hadiah seperti bag besar, power bank dan smartphone. Siapa yang tak nak kan?
5. Kad Kredit Hari Raya
Bila musim hari raya, ramai yang mula fikir macam mana nak tambah perabot, tukar langsir baru, TV baru, baju baru dan macam-macam lagi.
Masa ini lah penggunaan kad kredit meningkat secara mendadak.
Lebih hebat lagi apabila terpaksa ambil cash dari kad kredit. Charge yang dikenakan adalah terlalu tinggi.
Dan ada juga yang boleh swipe banyak-banyak, kemudian bayar secara ansuran. Ini yang paling seronok lebih-lebih lagi masa nak sambut hari raya.
Bila dah ada kemudahan macam ni, semua nak beli walaupun bukan barang keperluan.
Anda dah sedia nak ambil kad kredit?
0 comments:
Post a Comment