Kerana Sedekah, Rezeki Semakin Bertambah

pakukarat.com

Sedekah tidak dapat di kira dengan menggunakan formula matematik.

Jika dalam matematik, setiap duit yang kita keluarkan akan mengurangkan duit poket kita.
Tetapi tidak sama dengan konsep sedekah di mana setiap duit yang kita keluar untuk tujuan sedekah akan meningkatkan duit poket kita.

Masih ramai yang tidak percaya tentang kekuatan sedekah dan ini melibatkan iman seseorang.

Tahukah Anda:

Kebanyakan orang kaya atau jutawan mempunyai sikap atau tabiat suka sedekah bukan selepas mereka jadi kaya, tetapi sebelum mereka jadi kaya lagi.

Ini menunjukkan bahawa sedekah adalah salah satu cara untuk memudahkan kita untuk menjadi jutawan dengan izin-Nya.

Konsep sedekah bukan sahaja diamalkan oleh umat Islam, tetapi semua agama di dunia ini juga menganggap sedekah adalah satu amalan yang mulia.

Dan yang paling penting, anda tidak akan jadi miskin dengan bersedekah.


Penambahan rezeki

Rezeki yang dimaksudkan bukan sahaja dari segi duit tetapi semua perkara yang memberi manfaat kepada manusia seperti mendapat cahaya mata, mendapat hadiah dari kawan, badan yang sihat, bahagia dengan keluarga dan banyak lagi.

Cuma, masih ramai yang menganggap bahawa rezeki hanya dalam bentuk duit lalu mereka juga tidak menadah kesyukuran atas nikmat yang diberikan.

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)

Selain itu, badan yang sihat juga adalah satu bentuk rezeki yang patut kita syukuri kerana kita sendiri tahu bagaimana seksanya berada dalam keadaan yang lemah semasa demam atau terlibat dalam kecelakaan seperti kemalangan.

Sedekah untuk orang kaya?

Sedekah sebenarnya bukan sahaja untuk orang kaya tetapi juga untuk orang yang ingin menjadi kaya.

Satu perkara yang perlu kita ingat bahawa, orang kaya lebih mudah untuk beri sedekah. Oleh itu, jadikanlah cita-cita atau impian kita untuk menjadi kaya supaya kita lebih banyak bersedekah.


pascasiswazah.com
Pengurusan kewangan yang baik

Pastikan anda telah membuat satu bajet yang cukup setiap bulan sebagai sedekah terutama pada hari jumaat ketika solat jumaat untuk lelaki dimana itu adalah masa terbaik untuk anda bersedekah.

Selain itu, anda juga boleh memberi sumbangan kepada sekolah tahfiz atau pusat pembelajaran yang memerlukan sumbangan untuk sesi pembelajaran mereka.

Sindiket minta sedekah

Trend sekarang bila kita lihat di kedai-kedai makan terdapat beberapa orang yang akan menghampiri kita untuk meminta sedekah termasuk kanak-kanak kecil dan orang tua.

Pernah menjadi viral kes dimana kanak-kanak yang memberi sedekah adalah satu sindiket untuk mengkayakan orang lain.

Namun, kami berpendapat bahawa jika kita bersedekah kerana Allah dan ingin membantu orang lain, kita pastikan akan tetap mendapat ganjarannya. Manakala mereka yang terlibat dalam sindiket, itu adalah urusan mereka dengan Allah.

Semoga artikel kali ini memberi manfaat kepada kita semua dan dapat membuka minda kita supaya kita akan lebih banyak bersedekah.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment