Deloitte |
Unit trust adalah salah satu bentuk pelaburan yang kurang risikonya.
Mungkin tidak ramai yang kenal dengan unit trust. Tapi bila sebut je ASB, mesti terus cakap dah tahu.
ASB adalah satu bentuk unit trus yang ditawarkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Jom tengok apa sebab orang ramai tidak mahu melabur dalam unit trust:
1. Pulangan dapat terlalu lambat.
Kebanyakan kita semua mahukan pulangan atau keuntungan dengan cepat dan tak nak tunggu lama sangat.
Unit trust adalah satu pelaburan untuk jangka masa panjang dan tidak sesuai untuk jangka masa pendek. Biasanya digunakan sebagai dana ketika persaraan.
Sebab tu ramai orang kita yang join skim cepat kaya. Semua nak untung cepat
2. KWSP kan ada.
Statistik dari KWSP sendiri menunjukkan majoriti rakyat Malaysia sebenarnya tidak mampu bertahan lama dengan duit KWSP yang mereka terima.
Salah satu sebab utama adalah kos hidup yang semakin tinggi dan caruman yang tidak banyak serta pengeluaran yang sudah dibuat sebelum umur persaraan.
Tahukah anda?
Anda boleh keluarkan Akaun 1 KWSP dan pindahkan ke akaun unit trust tertakluk kepada syarat. Sila rujuk Unit Trust Consultant yang berdekatan dengan tempat anda.
3. Modal terlalu tinggi.
Ramai yang beranggapan bahawa untuk melabur dalam unit trust memerlukan modal yang tinggi. Dan ada juga yang beranggapan bahawa pelaburan ini hanya untuk orang kaya.
Tahukah anda?
Pelaburan unit trust boleh bermula dari serendah RM500 sahaja.
Bagi pengeluaran KWSP akaun 1 pula, anda tidak perlu mengeluarkan sebarang tunai kerana duit dari akaun 1 KWSP boleh dipindahkan ke akaun pelaburan tertakluk kepada syarat.
Bagi orang muda, anda boleh membuat Regular Saving Plan (RSP) di mana anda boleh membuat potongan setiap bulan serendah RM200 sebagai pelaburan masa hadapan anda.
4. Tidak tahu apa itu unit trust.
Masih ramai orang awam terutama golongan muda masih tidak faham tentang pelaburan unit trust.
Namun begitu, mereka lebih tahu tentang kewujudan ASB sedangkan ASB tersebut juga adalah satu dana unit trust.
Orang awam perlu diberi pendedahan tentang kepentingan pelaburan unit trust supaya lebih ramai lagi yang akan membuat pelaburan di instrument yang sesuai dengan portfolio seseorang.
Di Malaysia sahaja, terdapat pelbagai jenis dana unit trust yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian dengan portfolio anda.
5. Pulangan rendah sangat.
Ada yang beranggapan bahawa pelaburan unit trust memberi pulangan yang rendah jika dibandingkan dengan pelaburan hartanah dan juga saham.
Apa yang boleh kami simpulkan adalah pelaburan unit trust, hartanah dan saham adalah instrumen pelaburan yang berbeza.
Setiap dari instrumen tersebut mempunyai ciri-ciri yang berbeza seperti pulangan (profit) dan risiko (risk).
Sebagai seorang pelabur yang bijak, anda perlu untuk membuat portfolio yang pelbagai (diversify) supaya risiko pelaburan anda lebih terkawal.
Semoga perkongsian tentang unit trust di atas membuka minda kita terhadap instrumen tersebut.

telegraph.co.uk |

0 comments:
Post a Comment